teringat tentang seorang kawan, dia suka sangat bercerita.. dia suka berkongsi cerita dengan kawan-kawan dia, dia selalu berusaha untuk menjaga hati orang di sekeliling dia...
dia memang peramah, dia senang untuk didekati bak kata orang dia memang ringan mulut..
dia boleh bersembang dengan orang yang duduk di sebelah dia ketika menaiki LRT, dia boleh bercerita dengan orang yang tumpang makan semeja dengan dia.. dia boleh bergelak ketawa dengan orang tersebut padahal belum berkenalan pun, bahkan nama pun masing-masing xtahu...
senyuman selalu terukir di bibirnya, katanya senyum itu sedekah.. senyum itu menceriakan hati yang luka.. senyum itu xternilai harganya, senyuman yang tulus dari hati itu xkan mampu dibeli walaupun dengan segunung duit sekalipun katanya...
kawan-kawannya suka bertanya dengan dia, minta pendapat dengan dia.. dan dia memang x kedekut ilmu. katanya ilmu itu anugerah Tuhan, tidak ada salahnya kalau dikongsi bersama..
tapi satu hari dia tersedar bila kawan-kawannya yang dia anggap sahabat itu mengenepikan dia.. dia mula terasa bila kawan-kawan yang dianggap sahabat itu merahsiakan sesuatu yang sepatutnya sahabat kongsi bersama, walaupun cerita itu cerita gembira, cerita sedih ataupun hanya lawak jenaka..
dia mula tersedar kalau dia itu tidak dianggap sahabat yang sebenar..
tapi, walaupun begitu bila kawan-kawannya ada kesusahan dia tetap menhulurkan bantuan, dia tetap memberi pendapat kerana baginya dunia ini bulat, masa untuk setiap manusia itu sentiasa ada, Tuhan itu adil dengan semua makhluk ciptaannya.
banyak orang dengki dengan dia sebab mereka kata dia bijak, dia ada pelajaran, dia ada rupa, banyak orang menyenangi dia tapi dia x pernah ambil tahu, dia x kisah pun sebab katanya itu lumrah alam bila ada yang suka pasti ada yang benci, katanya Tuhan ciptakan semua perkara, semua benda di dunia ini berpasang-pasang.
walaupun dia jarang ambil hati dengan semua perlakuan kawan-kawannya tapi sebagai manusia biasa dia tetap x boleh lari dari tersinggung, dia tetap punya sekeping hati yang mudah tersentuh..
tapi dia kata, memang kadang-kadang dia terasa, adakalanya tersentak hati katanya tapi dia x mahu terlalu memikirkan semua itu, baginya semua itu cuma menyeksa diri.. jalan penyelasaian sentiasa di carinya..
semua perkara itu ada sebab, semua masalah itu ada penyelasaian, tiada yang mustahil baginya, jangan saja meminta itu orang yang dah meninggal itu dihidupkan semula katanya..
dalam serius ada jenakanya, dalam tangis ada tawanya.. dari pandangan orang di sekelilingnya seperti hidup ini terlalu mudah untuk dia, tapi sebenarnya itu kesukaran yang paling berat untuknya...
dia kata dia xsuka membenci, biar x suka tapi jangan pernah benci katanya.. benci itu akan memakan hati dan perasaan kita.. belajar menyukai orang yang dia xsuka, senyum dengan orang yang memusuhi dia, bersahabat dengan musuh.. baginya itu adalah yang paling sukar sebab kena kawal emosi dan perasaan katanya...
emosi dan perasaan itu dugaan terbesar manusia, bila emosi dan perasaan itu menjadi raja, manusia yang paling mulia pun akan menjadi syaitan, insan yang paling sempurna pun akan hancur hidupnya.. katanya berhati-hati dengan semua orang di sekeliling kita walaupun keluarga kita sendiri sebab akal kewarasan manusia ini sentiasa di luar jangkauan.
manusia x ada seorang pun yang sempurna, bila ada yang sempurna sedikit sahaja sudah mula lupa asal usul, terleka dengan keindahan duniawi.. itu lah fitrah manusia..
terlalu banyak perkarang tentang dia, terlalu banyak cerita tentang dia..
~~~~will be continue ~~~~~
~~miz adeqzLa~~
No comments:
Post a Comment