the Philosophy

Live with NO Limits, Love with NO Regrets

Copyright by miz.adeqla

Protected by Copyscape DMCA Takedown Notice Search Tool

Kisah Seorang Anak Kampung Part 1

Sedar tak sedar da genap 29tahun 1bulan 16hari aku berada di bumi hijau yang tercinta ini..{ketika blog ini ditulis} sesungguhnya aku amat bersyukur kerana di beri peluang untuk hidup sesempurna insan biasa di bumu ini.. terima kasih untuk kedua-dua ibu bapa ku yang tak pernah jemu membesarkan aku walau aku selalu ingkar dengan kata-kata mereka.. terima kasih untuk ibuku yang telah bersusah payah mengandungkan dan melahirkan aku ke dunia ini.. penghargaan terbesar untukmu mama Pn Justina Someili yang tercinta..da juga untuk almarhum bapaku En Michael Aneh yg tak pernah jemu untuk meberikan kata-kata nasihat walaupun dia tahu anak-anaknya akan menyumbat telinga setiap kali dia berceramah.. aku ingat lagi, bila dia mula bercakap kami selalu kata 'berita jam 6 da mula'...
walaupun aku dibesarkan sebagai anak kampung tapi aku tak pernah malu, aku bangga jadi budak kampung..aku rasa seronok sangat duduk kat kampung, air sungai yang jernih tempat kami mandi manda setiap petang, udara yang segar, tak bising macam kat bandar.. aku sekolah rendah kat kampung sampai darjah enam.. aku tak boleh lupa masa sekolah rendah.. kadang-kadang aku terfikir nakal sangatkah aku ketika itu.. buli budak-budak yang lain, yang aku paling tak lupa masa darjah dua.. aku jadi pelajar paling pandai dalam kelas, jadi murid kesayangan cikgu.. jadi tiap kali lepas siap kerja sekolah aku mesti nak main permainan perdagangan kat kelas.. aku bawa kawan baik aku 2 orang merangkap sepupu-sepupu aku.. bila org lain nak ikut main kena marah.. rasa seronok jadi murid kesayangan, bole buat apa yang aku suka.. hehehee
begitulah kehidupan aku sepanjang sekolah rendah, selalu jadi 'top student' kat sekolah, jadi anak angkat guru besar.. tapi satu jak dari dulu, mesti aku tak boleh jadi pengawas ---> sebabnya aku nakal sangat macammana nak jadi contoh untuk budak-budak yang lain..
bila masuk darjah enam, aku tetap sama.. selalu kena marah dengan cikgu sebab terlalu nakal, setakat kena rotan tu aku tak pernah heran pun.. bila rehat main 'zero-point' kadang-kadang main guli lawan budak-budak lelaki.. tapi macam biasalah aku dan kawan-kawan aku mesti menang sebab main tipu.. hahhaa.. kalau sekolah kampung dulu selalu ada peruntukan susu kotak untuk pelajar kan susu kotak UHT perisa coklat, strawberry dengan original.. kami paling suka susu coklat.. selalunya susu tu disimpan dalam stor tempat barang-barang tukang kebun tu.. selalu pun dia yang akan keluarkan pastu bagi-bagi kat pelajar.. tapi dia selalu ambil banyak bawa balik.. kami pun kadang-kadang pandai menyelinap masuk dalam stor curi susu kotak.. kelakar sangat bila ingat time tu..
bila da nak dekat UPSR, kami semua berharap dapat keputusan yang baik boleh masuk sekolah berasrama penuh.. tapi... nasib tak berapa baik, aku pun bukannya belajar sangat, belajar dalam kelas jak selalu tapi ada hati nak dapat 5A. hahaha.. keputusan UPSR ku cuma 2A2B1C.. mungkin masa tu kira tinggi la sebab tak ramai yang bole skor A untuk semua subjek.. grading tinggi {konon la}.. jadi aku pun lupakanlah harapan untuk ke SBP..
masuk sekolah menengah, duduk asrama.. pertama kali jauh dari keluarga, macam2 rasa ada..
rindu dengan keluarga tapi seronok sebab dapat duduk dengan kawan-kawan.. balik kampung sebulan sekali.. yang paling teruk masa orientasi kat asrama, minggu pertama tu.. kena buli dengan senior.. ada kah patut dia suruh kami tiup lampu kalimatang tu sampai padam.. gila kan padahal tekan suis baru padam lain la kalau blackout.. hahhaa.. kena buat juga la kalo tak nanti dia tak sign borang orientasi.. siapa tak cukup sign nanti kena merangkak dalam longkang kotor tempat buang sampah dari dapur asrama.. da la busuk.. tak sanggup aku..
yang best aku terlepas sebab time tu salah seorang senior tu sepupu aku, time last orientasi tu aku pula demam.. kira nasib baik la tu.. tapi kesian sangat tengok kawan-kawan yang kena.. teruk, sampai ada yang luka lutut kena tulang ikan dalam longkang...

penat pula menaip, nak tengok puding yang aku buat tadi la.. nanti sambung lagi...



No comments:

Post a Comment