the Philosophy

Live with NO Limits, Love with NO Regrets

Copyright by miz.adeqla

Protected by Copyscape DMCA Takedown Notice Search Tool

Wednesday, November 30, 2011

Setiap Pertemuan Pasti ada Perpisahan

Saat bertemu terdetik di hati 'bolehkah aku menyesuaikan diri dengan mereka'.. bila semakin dekat terasa indahnya perancangan Tuhan.. Itulah permulaan satu pertemuan..


Namun setiap pertemuan pasti ada perpisahan..kerana setiap permulaan pasti ada penghujungnya tapi apa yang pasti setiap perpisahan itu bukanlah sesuatu yang menggembirakan..kebenaran itu lah yang selalu menyakitkan dan  itulah lumrah kehidupan yang tiada seorang pun boleh menafikannya..
begitu juga dalam kehidupan kita seharian, terlalu banyak yang datang dan pergi biar kita sedari ataupun tidak..
setiap orang pasti selalu menginginkan yang terbaik untuk mereka dan sampai waktunya mereka pasti akan meninggalkan kita juga kan.. pertemuan itu cumalah waktu awal dari sebuah perjalanan..


aku ingat lagi time aku sekolah dulu, ayat yang selalu keluar bila hujung tahun..'jangan tangisi perpisahan tapi tangisilah pertemuan kerana tanpa pertemuan xkan ada perpisahan'.. situasi itu berterusan hinggalah sampai bila-bila..
seperti rasa memiliki seorang sahabat yang kita umpamakan saudara kita sendiri.. tidak salah untuk mempunyai rasa memiliki tapi jangan sampai menguasai hati..kerana akan tiba masanya untuk mereka harus dilepaskan pergi juga..bagi sahabat perpisahan yang terjadi itu cumalah berlaku di depan mata tapi keikhlasan persahabatan yang erat terjalin itu akan sentiasa kekal di dalam hati.. 


apapun masa itu akan tetap berlalu meninggalkan kita.. biar rasa rindu meronta kuat mengetuk jiwa meminta masa itu diteruskan tapi kita tidak mampu mengundurkan masa yang berlalu.. dia kan tetap berlalu tanpa kata..
buat teman-teman yang telah terpisah baik baru mahupun lama, kenangan bersama kalian akan sentiasa tersemadi di dalam hati, jadikan memori bersama itu sebahagian dari diri kita walaupun satu hari nanti ia akan hilang ditelan waktu.. cherrios..



                                                 ~~miz adeqzLa~~

Sunday, November 27, 2011

Kahwin tanpa Cinta @ Kahwin Paksa Rela

Terbaca di suratkhabar baru-baru ni tentang seorang artis yang terpaksa memutuskan perhubungan dengan kekasihnya untuk berkahwin dengan gadis pilihan ibunya yakni sepupunya sendiri...
terfikir pula di zaman millenium ni zaman serba canggih masih ada rupanya yang mengamalkan cara penentuan jodoh mengikut pilihan keluarga..
cerita terakhir yang aku dengar tentang kahwin pilihan keluarga ni sahabat baik aku sendiri 3 tahun yang lepas.. terlalu lama menyulam cinta yang tidak pernah berkesudahan akhirnya keluarga memutuskan untuk menjodohkan dia dengan sepupunya sendiri. masa tu pun usia dia dan menjangkau 27tahun, mungkin sudah terlalu tua bagi orang-orang tua kita dulu..walaupun dijodohkan tapi dia tidaklah di paksa kira paksa rela gitu.. hasilnya dia bahagia walaupun cinta itu datang selepas kahwin..

teringat abang long aku, dia masih membujang lagi sampai sekarang, umurnya pun da lebih kurang 41 tahun.. bukan tiada perempuan yg nak kat dia pun tapi dia yang xnak kahwin lagi, dulu-dulu ada gak la orang-orang tua kat kampung tu cuba carikan jodoh untuk dia tapi dia mengamuk xnak kahwin lagi.. dia kata 'kalau polis xtangkap orang yang xnak kahwin atau mahkamah xsaman dia sebab dia xnak kahwin dia lagi suka hidup bujang katanya'.  korek-korek cerita akhirnya dia kata, dia xnak kawin sebab dia kerja xbagus sangat nanti dia xnak menyusahkan anak orang nanti xcukup makan la, diri sendiri pun cukup-cukup makan jer macam mana nak tanggung anak orang itu kan menyeksa katanya..

Mama dengan arwah bapa dulu pun kawin keluarga yang tentukan, mama selalu cerita masa tu dia baru abis sekolah.. dia nak sambung belajar nak sangat jadi cikgu tapi nenek xbagi kena paksa kawin dengan arwah bapa..masa tu bapa duda lagi la mama xnak sangat kawin tapi sebab nenek dengan atuk kawin juga walau hati xrela..(macam kawin paksa la ni).. hidup bahagia pun walau sesekali ada pertelingkahan tu da jadi asam garam hidup berumahtangga, lahir juga kami satu team bola sepak. :-) [ rindu dengan arwah bapa :-( ]

hmmm...bagi aku la kan, jodoh itu kan janji Allah, bila sampai waktunya kita akan kahwin cuma kita di beri pilihan untuk menentukan yang terbaik bagi kita.. hasilnya akan bergantung kepada jalan pilihan kita sendiri..
kalau bab-bab jodoh ni susah nak cakap pun, kadang-kadang ada yang bercinta bagai nak rak bertahun-tahun tapi bila kahwin tup-tup dengan orang lain pula.. itu namanya jodoh, semuanya ketentuan Tuhan.. sejauh manapun kita merancang tetapi di penghujungnya tetap Tuhan yang menentukan segalanya..
lagipun perkahwinan itu kan satu tanggungjawab yang perlu disulami dengan kasih sayang dibajai dengan baja cinta .. bila hanya tanggungjawab yang dijadikan sandaran tanpa cinta maka hilanglah rasa bahagia dalam perkahwinan.. kosong lah rasa kehidupan, dan macam-macam perkara yang selalu menjadi alasan untuk berpisah dan mencari yang lain.. dah hilang rasa cinta la, dulu pilihan keluarga rasa cinta itu xpernah ada sekarang baru bertemu cinta la..ada yang kelihatan cukup sempurna dan bahagia tapi tetap mencari lain dengan alasan kehidupan mereka sempurna tapi rasa cinta itu xpernah hadir..

tapi kalau ada cinta pun xsemestinya dapat menjamin kebahagian dan rumahtangga yang kekal.. dah terlalu banyak cerita yang kita dengar kan bercinta 10tahun, bertunang berbulan-berbulan ada yang bertahun-tahun tapi bila kawin hanya mampu bertahan beberapa bulan saja bahkan ada yang xsampai 24jam pun..
bila erti perkahwinan itu xselami dengan sedalam-dalamnya.. bila maksud 'Aku Terima Nikahnya' @ 'Yes I Do' tidak dipraktikan dalam rumahtangga, bila ikrar perkahwinan itu tidak lagi menjadi asas maka kebahagian itu akan menghilang, luputlah la segala janji-janji cinta yang sudah dimeterai, layu la rasa cinta itu .. cinta itu kan ibarat pokok yang sedang tumbuh harum ia perlu selalu di siram di bajai dan dijaga, kalau tak ia akan mati..

hmmm...apa-apa la kan.. masing-masing ada alasan sendiri baik yang hidup membujang mahupun yang kawin di usia muda..
apa pun, aku harap perkahwinan yang dibina ini akan bahagia adanya hingga akhir hayat..amenn..



~~miz adeqzLa~~

Tuesday, November 22, 2011

AWAS --> Penggemar Mee Segera

Apa jenama mee segera kegemaran anda? 

Maggi ? Mi Sedap ? Cintan ? Indomie?  
macam2 jenama yg ada.. aku paling suka mi goreng sedap la.. hehe

agak-agak terliur x?? tgk la telur separuh masak dia.. huh.. selera!!!

best jer tgk.. hehhee

makanan paling senang utk disediakan, paling cepat dan mengenyangkan..

tapi, tahukah anda (termasuk aku la ne)
Berbagai bahan pengawet dan MSG di gunakan dalam mi segera agar ianya tahan lama dan menambah sedap mee segera yang anda makan.

selain itu mee segera yang anda makan dilapisi lilin(wax) bagi menghalangnya melekat dan nampak lebih cantik semasa anda memasaknya.

dan tahukah anda tubuh kita pula memerlukan 4-5 hari untuk menguraikan / mengeluarkannya wax(lilin) tersebut dari sistem pencernaan kita.
bagi yang makan hari2 tu agak2 berapa byk lilin ada dlm badan anda (bole la buat bisnes lilin lak lepas ni..hehhe)

Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk mengurang risiko lilin di dalam mee segera yang anda makan? Jika anda terpaksa makan mee segera ikutilah langkah berikut(memang nk mkn pun kan) :-)
·         Masak mee segera dalam periuk.
·         Bila sudah masak, toskan air bagi membuang kandungan lilin. Bilas dengan air biasa bagi memastikan baki lilin betul-betul hilang.
·         Masukkan mee tadi ke dalam bekas yang mengandungi air panas sebelum memasukkan bahan perasa yang disediakan.
·         Makan seperti biasa.

Apa pun nasihat dari seorang penggemar mee segera, kurang-kurangkanlah kebiasaan memakan mee segera terutama bagi mereka yang masih bersekolah. (nasihat utk diri sndiri sbenarnya)..
Peace !!!


~~miz adeqzLa~~

Monday, November 21, 2011

GOL Emas untuk Harimau Muda

baru jer abis tengok bola... tengok HARIMAU MUDA mengaum...

letih hati letih otak letih tekak tengok bola ni... skng baru la bole bernafas lega..
walaupun jutaan peminat Garuda menyokong pemain mereka tapi tetap xmampu mematahkan semangat pemain Harimau Muda kita.. itu belum lagi dorg tgk status penyokong Garuda kt fb la, kutuk Malaysia mcm2 la.. xkisah la kan tp sape yg hebat pasti menang walaupun menang melalui sepakan penalti..

dan sekali lagi ----> jutaan Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya membawa pulang pingat Emas sukan SEA ke-26 acara bola sepak...
Malaysia BOLEH!!!


~~miz adeqzLa~~