Terbaca di suratkhabar baru-baru ni tentang seorang artis yang terpaksa memutuskan perhubungan dengan kekasihnya untuk berkahwin dengan gadis pilihan ibunya yakni sepupunya sendiri...
terfikir pula di zaman millenium ni zaman serba canggih masih ada rupanya yang mengamalkan cara penentuan jodoh mengikut pilihan keluarga..
cerita terakhir yang aku dengar tentang kahwin pilihan keluarga ni sahabat baik aku sendiri 3 tahun yang lepas.. terlalu lama menyulam cinta yang tidak pernah berkesudahan akhirnya keluarga memutuskan untuk menjodohkan dia dengan sepupunya sendiri. masa tu pun usia dia dan menjangkau 27tahun, mungkin sudah terlalu tua bagi orang-orang tua kita dulu..walaupun dijodohkan tapi dia tidaklah di paksa kira paksa rela gitu.. hasilnya dia bahagia walaupun cinta itu datang selepas kahwin..
teringat abang long aku, dia masih membujang lagi sampai sekarang, umurnya pun da lebih kurang 41 tahun.. bukan tiada perempuan yg nak kat dia pun tapi dia yang xnak kahwin lagi, dulu-dulu ada gak la orang-orang tua kat kampung tu cuba carikan jodoh untuk dia tapi dia mengamuk xnak kahwin lagi.. dia kata 'kalau polis xtangkap orang yang xnak kahwin atau mahkamah xsaman dia sebab dia xnak kahwin dia lagi suka hidup bujang katanya'. korek-korek cerita akhirnya dia kata, dia xnak kawin sebab dia kerja xbagus sangat nanti dia xnak menyusahkan anak orang nanti xcukup makan la, diri sendiri pun cukup-cukup makan jer macam mana nak tanggung anak orang itu kan menyeksa katanya..
Mama dengan arwah bapa dulu pun kawin keluarga yang tentukan, mama selalu cerita masa tu dia baru abis sekolah.. dia nak sambung belajar nak sangat jadi cikgu tapi nenek xbagi kena paksa kawin dengan arwah bapa..masa tu bapa duda lagi la mama xnak sangat kawin tapi sebab nenek dengan atuk kawin juga walau hati xrela..(macam kawin paksa la ni).. hidup bahagia pun walau sesekali ada pertelingkahan tu da jadi asam garam hidup berumahtangga, lahir juga kami satu team bola sepak. :-) [ rindu dengan arwah bapa :-( ]
hmmm...bagi aku la kan, jodoh itu kan janji Allah, bila sampai waktunya kita akan kahwin cuma kita di beri pilihan untuk menentukan yang terbaik bagi kita.. hasilnya akan bergantung kepada jalan pilihan kita sendiri..
kalau bab-bab jodoh ni susah nak cakap pun, kadang-kadang ada yang bercinta bagai nak rak bertahun-tahun tapi bila kahwin tup-tup dengan orang lain pula.. itu namanya jodoh, semuanya ketentuan Tuhan.. sejauh manapun kita merancang tetapi di penghujungnya tetap Tuhan yang menentukan segalanya..
lagipun perkahwinan itu kan satu tanggungjawab yang perlu disulami dengan kasih sayang dibajai dengan baja cinta .. bila hanya tanggungjawab yang dijadikan sandaran tanpa cinta maka hilanglah rasa bahagia dalam perkahwinan.. kosong lah rasa kehidupan, dan macam-macam perkara yang selalu menjadi alasan untuk berpisah dan mencari yang lain.. dah hilang rasa cinta la, dulu pilihan keluarga rasa cinta itu xpernah ada sekarang baru bertemu cinta la..ada yang kelihatan cukup sempurna dan bahagia tapi tetap mencari lain dengan alasan kehidupan mereka sempurna tapi rasa cinta itu xpernah hadir..
tapi kalau ada cinta pun xsemestinya dapat menjamin kebahagian dan rumahtangga yang kekal.. dah terlalu banyak cerita yang kita dengar kan bercinta 10tahun, bertunang berbulan-berbulan ada yang bertahun-tahun tapi bila kawin hanya mampu bertahan beberapa bulan saja bahkan ada yang xsampai 24jam pun..
bila erti perkahwinan itu xselami dengan sedalam-dalamnya.. bila maksud 'Aku Terima Nikahnya' @ 'Yes I Do' tidak dipraktikan dalam rumahtangga, bila ikrar perkahwinan itu tidak lagi menjadi asas maka kebahagian itu akan menghilang, luputlah la segala janji-janji cinta yang sudah dimeterai, layu la rasa cinta itu .. cinta itu kan ibarat pokok yang sedang tumbuh harum ia perlu selalu di siram di bajai dan dijaga, kalau tak ia akan mati..
hmmm...apa-apa la kan.. masing-masing ada alasan sendiri baik yang hidup membujang mahupun yang kawin di usia muda..
apa pun, aku harap perkahwinan yang dibina ini akan bahagia adanya hingga akhir hayat..amenn..
~~miz adeqzLa~~
No comments:
Post a Comment