Saat bertemu terdetik di hati 'bolehkah aku menyesuaikan diri dengan mereka'.. bila semakin dekat terasa indahnya perancangan Tuhan.. Itulah permulaan satu pertemuan..
Namun setiap pertemuan pasti ada perpisahan..kerana setiap permulaan pasti ada penghujungnya tapi apa yang pasti setiap perpisahan itu bukanlah sesuatu yang menggembirakan..kebenaran itu lah yang selalu menyakitkan dan itulah lumrah kehidupan yang tiada seorang pun boleh menafikannya..
begitu juga dalam kehidupan kita seharian, terlalu banyak yang datang dan pergi biar kita sedari ataupun tidak..
setiap orang pasti selalu menginginkan yang terbaik untuk mereka dan sampai waktunya mereka pasti akan meninggalkan kita juga kan.. pertemuan itu cumalah waktu awal dari sebuah perjalanan..
aku ingat lagi time aku sekolah dulu, ayat yang selalu keluar bila hujung tahun..'jangan tangisi perpisahan tapi tangisilah pertemuan kerana tanpa pertemuan xkan ada perpisahan'.. situasi itu berterusan hinggalah sampai bila-bila..
seperti rasa memiliki seorang sahabat yang kita umpamakan saudara kita sendiri.. tidak salah untuk mempunyai rasa memiliki tapi jangan sampai menguasai hati..kerana akan tiba masanya untuk mereka harus dilepaskan pergi juga..bagi sahabat perpisahan yang terjadi itu cumalah berlaku di depan mata tapi keikhlasan persahabatan yang erat terjalin itu akan sentiasa kekal di dalam hati..
apapun masa itu akan tetap berlalu meninggalkan kita.. biar rasa rindu meronta kuat mengetuk jiwa meminta masa itu diteruskan tapi kita tidak mampu mengundurkan masa yang berlalu.. dia kan tetap berlalu tanpa kata..
buat teman-teman yang telah terpisah baik baru mahupun lama, kenangan bersama kalian akan sentiasa tersemadi di dalam hati, jadikan memori bersama itu sebahagian dari diri kita walaupun satu hari nanti ia akan hilang ditelan waktu.. cherrios..
~~miz adeqzLa~~
No comments:
Post a Comment