Apa jenama mee segera kegemaran anda?
Maggi ? Mi Sedap ? Cintan ? Indomie?
macam2 jenama yg ada.. aku paling suka mi goreng sedap la.. hehe
agak-agak terliur x?? tgk la telur separuh masak dia.. huh.. selera!!!
best jer tgk.. hehhee
makanan paling senang utk disediakan, paling cepat dan mengenyangkan..
tapi, tahukah anda (termasuk aku la ne)
Berbagai bahan pengawet dan MSG di gunakan dalam mi segera agar ianya tahan lama dan menambah sedap mee segera yang anda makan.
selain itu mee segera yang anda makan dilapisi lilin(wax) bagi menghalangnya melekat dan nampak lebih cantik semasa anda memasaknya.
dan tahukah anda tubuh kita pula memerlukan 4-5 hari untuk menguraikan / mengeluarkannya wax(lilin) tersebut dari sistem pencernaan kita.
bagi yang makan hari2 tu agak2 berapa byk lilin ada dlm badan anda (bole la buat bisnes lilin lak lepas ni..hehhe)
Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk mengurang risiko lilin di dalam mee segera yang anda makan? Jika anda terpaksa makan mee segera ikutilah langkah berikut(memang nk mkn pun kan) :-)
· Masak mee segera dalam periuk.
· Bila sudah masak, toskan air bagi membuang kandungan lilin. Bilas dengan air biasa bagi memastikan baki lilin betul-betul hilang.
· Masukkan mee tadi ke dalam bekas yang mengandungi air panas sebelum memasukkan bahan perasa yang disediakan.
· Makan seperti biasa.
Apa pun nasihat dari seorang penggemar mee segera, kurang-kurangkanlah kebiasaan memakan mee segera terutama bagi mereka yang masih bersekolah. (nasihat utk diri sndiri sbenarnya)..
Peace !!!
~~miz adeqzLa~~
No comments:
Post a Comment