the Philosophy

Live with NO Limits, Love with NO Regrets

Copyright by miz.adeqla

Protected by Copyscape DMCA Takedown Notice Search Tool

Sunday, December 11, 2011

Mudahkah untuk seikhlasnya MEMAAFKAN

I'M SORRY ??? 
Senangnya diucapkan, terlalu mudah untuk dilafazkan tapi... semudah itukah keikhlasan kita, sesenang itukah penerimaan kita untuk kata maaf itu..

perlakuan zahir itu mungkin mudah, tapi amalan batin kita sukarnya untuk dilaksanakan..
pernahkah kita terluka?? lalu orang itu datang memohon kemaafan dan dengan mudah kita berkata 'dimaafkan'..sedangkan hati masih terluka..dan rasa sakit hati, rasa pedih dalam jiwa itu masih menusuk kalbu, lantas jalan mudah yang di ambil ialah menjauhkan diri dari orang yang dimaafkan... ikhlaskah kata maaf itu kalau setakat menjadi perhiasan di bibir semata-mata... bila hati berbicara lain maka kata maaf itu cuma akan menjadi salah satu bahang dalam jiwa yang akan mewujudkan dendam..dia akan menjadi racun dalam jiwa.. kerana apabila kemaafan yang diberikan bukan datang dari jiwa itu bukanlah kemaafan yang sebenarnya.. itu cumalah satu penambah perisa dendam dalam hati.. hati kata lain tapi mulut berbicara lain.. kalau setakat mudah memaafkan seseorang tapi tidak dengan setulus hati, kemaafan yang diberikan tidak ikhlas orang itu tidak layak digelar 'pemaaf' lagi..

memang bukan mudah untuk menjadi seorang yang pemaaf.. tanyalah sesiapapun, kalau dia seorang yang pemaaf pastinya dia adalah seorang yang berhati mulia, sesungguhnya dia seorang yang lembut hati.. kita semua pernah buat kesilapan, tidak ada seorang pun yang sempurna.. semua orang pun mahu jadi orang yang memaafkan tetapi meminta maaf dan memaafkan itu dua perasaan yang berbeza..

hidup ini penuh dengan bermacam warna, beraneka ragam manusia.. semua orang mengharapkan kebahagiaan tapi lumrah alam bila di situ ada kebahagiaan pastinya akan wujud persengketaan, dan sebagai insan biasa timbulnya rasa sakit hati itu perkara biasa.. tapi apabila dipendam terlalu lama ia akan menjadi racun yang mewujudkan dendam dalam diri..

bukan mudah untuk memaafkan tapi Tuhan itu selalu memberi kita ruang, memberi kita banyak masa untuk berfikir secara logik..mungkin hari ini orang menyakitkan hati kita dan bila dia sedar dia datang memohon kemaafan.. jika hati masih terlalu sakit, bukanlah satu dosa untuk berterus terang yang kita perlukan masa untuk menenangkan diri bagi kata kemaafan itu.. kerana bila orang yang menyakitkan hati kita itu sedar akan perbuatannya dan dia datang memohon kemaafan urusan dia dengan kita sudah selasai selebihnya urusan kita dengan Tuhan.. bukan semua manusia itu sempurna.. adakalanya kesilapan kecil itu impaknya terlalulah besar.. kadang-kadang kita harus ingat kalau perkara yang sama kita tersilap buat pastinya orang lain akan sangat terluka juga.. dunia ini bulat..hukum alam mengatakan kita tidaklah selalu berada di atas, ada masa kita pasti berada di bawah juga..

janganlah lafazkan kemaafan di saat hati masih benar-benar terluka, di saat hati masih tidak bersedia untuk memaafkan, melupakan dan berusaha untuk membuang perasaan sakit hati itu kerana itu samalah dengan menipu diri sendiri.. sedangkan memberi kemaafan itu sebenarnya mampu membebaskan diri dari belenggu dendam dan sakit hati serta memberi ketenangan jiwa jika datang dari hati yang tulus..

bermaaf-maafanlah selagi masih punya waktu dan peluang 
kerana sekali peluang itu pergi sejuta penyesalan tidak akan berguna lagi..

Saying you're sorry shows those you love that you care enough about them and the relationship to be aware of your shortcomings and take responsibility for your hurtful actions. 

Making things right is way more important than being right.


~~miz adeqzLa~~

No comments:

Post a Comment